KOTA BHARU: Dua penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah pacuan empat roda berisi lebih 1.5 tan minyak masak selepas diserbu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semalam. Dalam serbuan pukul 9 malam itu, kedua-dua suspek yang dipercayai mahu menyeludup barang kawalan tersebut ke Thailand bertindak melarikan diri dengan ... Read more
The post Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak appeared first on Utusan Malaysia.
KOTA BHARU: Dua penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah pacuan empat roda berisi lebih 1.5 tan minyak masak selepas diserbu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semalam.
Dalam serbuan pukul 9 malam itu, kedua-dua suspek yang dipercayai mahu menyeludup barang kawalan tersebut ke Thailand bertindak melarikan diri dengan meninggalkan pacuan empat roda itu jenis Mitsubishi Pajero di tepi jalan Kampung Lundang Paku, di sini.
Pengarahnya, Hanis Yusabra Yusuf berkata, pemeriksaan lanjut ke atas Mitsubishi Pajero itu telah menemukan sejumlah kotak berisi minyak masak seberat 1,598 kilogram minyak masak bersubsidi.
Katanya, kesemua barangan tersebut telah di sita untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Kejayaan ini hasil maklumat risikan dan kersama erat menerusi
Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanis Yusbara memberitahu, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi, termasuk kegiatan membawa keluar bekalan untuk tujuan penyeludupan.
Katanya, orang awam turut disaran menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyelewengan barang kawalan.-UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu | 0 | 24.38 | 15-08-2026 |
| 2 | 1,200 alat mainan seks dirampas di Pelabuhan Utara | 0 | 22.46 | 14-08-2026 |
| 3 | RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM | 0 | 22.19 | 15-08-2026 |
| 4 | Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah | 0 | 26.63 | 14-08-2026 |
| 5 | E-dompet lubuk transaksi haram | 0 | 28.13 | 14-08-2026 |
| 6 | Gaji RM7,000 sebulan tanpa perlu sijil,kelayakan | 0 | 24.41 | 13-08-2026 |
| 7 | Mayat dalam beg pakaian dalam Sungai Perak disahkan wanita, dibunuh – Polis | 0 | 23.65 | 15-08-2026 |
| 8 | Sindiket tawar bidang profesional | 0 | 21.74 | 15-08-2026 |
| 9 | SOCAR Ending Its Car Rental Service In Malaysia On 31 August 2026 | 0 | 10.83 | 14-08-2026 |
| 10 | В Малайзии задержали восемь предполагаемых представителей группировки "Абу Сайяф" | 0 | 0 | 10-05-2021 |