Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah

Дата публикации: 14-08-2026 09:38:57


JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kontrak dihukum penjara sembilan bulan dari tarikh sabitan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan melakukan penipuan sewa rumah atas talian membabitkan kerugian keseluruhan RM36,425, dua bulan lalu. Tertuduh, Mohd. Azuan Mustaffa, 39, mengaku bersalah selepas kesemua sembilan pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di mahkamah berlainan. Di hadapan Hakim Madihah ... Read more
The post Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kontrak dihukum penjara sembilan bulan dari tarikh sabitan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan melakukan penipuan sewa rumah atas talian membabitkan kerugian keseluruhan RM36,425, dua bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Azuan Mustaffa, 39, mengaku bersalah selepas kesemua sembilan pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di mahkamah berlainan.

Di hadapan Hakim Madihah Zainol, tertuduh berdepan empat pertuduhan secara tidak jujur menolong mengalihkan wang milik empat orang mangsa ke dalam akaun YTL Digital Bank Berhad miliknya berjumlah keseluruhan RM11,275.

Di mahkamah berlainan, tertuduh berdepan lima pertuduhan bagi kesalahan yang sama membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM25,150 di hadapan Hakim Ronie Anak Entili.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi berbeza antaranya di Bukit Chagar, Danga Bay dan Taman Suria di daerah ini antara 21 hingga 27 Jun lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh dan R. Nevina manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi.

Terdahulu, Bharathi memohon anak guamnya hanya dikenakan penjara kerana pekerja kontrak itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Simpang Renggam, Kluang atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana air kencing positif dadah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara satu bulan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan secara berasingan.

Mengikut fakta kes, kesemua mangsa diperdaya dengan penipuan sewa rumah setelah melihat iklan sewa rumah di aplikasi Mudah.my sebelum membuat transaksi pembayaran ke dalam akaun dalam talian milik tertuduh.

Mangsa menyedari diri mereka ditipu apabila tidak memperoleh kunci rumah sewa serta gagal menghubungi suspek selepas pembayaran telah dibuat.-UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Gaji RM7,000 sebulan tanpa perlu sijil,kelayakan024.4113-08-2026
2RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM 022.1915-08-2026
3E-dompet lubuk transaksi haram028.1314-08-2026
4Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak023.9814-08-2026
5Jangan mudah terpedaya dengan gaji lumayan023.6415-08-2026
6Sindiket tawar bidang profesional021.7415-08-2026
71,200 alat mainan seks dirampas di Pelabuhan Utara022.4614-08-2026
8Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu024.3815-08-2026
9SOCAR Ending Its Car Rental Service In Malaysia On 31 August 2026010.8314-08-2026
10Betrügerischer Ransomware-Verhandler muss 70 Monate ins Gefängnis0514-07-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 26.63. Источник: www.utusan.com.my.