Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu

Дата публикации: 15-08-2026 12:31:44


PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata ke Semporna dan Lahad Datu. Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana situasi keselamatan di kawasan berkenaan berada dalam keadaan terkawal. Katanya, ESSCOM juga sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan, khususnya di ... Read more
The post Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata ke Semporna dan Lahad Datu.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana situasi keselamatan di kawasan berkenaan berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, ESSCOM juga sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan, khususnya di perairan serta lokasi-lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

“Langkah berkenaan termasuk pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang ancaman atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk dan kawasan perairan Sabah Timur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menasihati supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sebarang maklumat berkaitan ancaman keselamatan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan pengesahan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran Facebook mendakwa sekumpulan lelaki bersenjata tiba di Semporna dan Lahad Datu. –UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak023.9814-08-2026
2RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM 022.1915-08-2026
3E-dompet lubuk transaksi haram028.1314-08-2026
41,200 alat mainan seks dirampas di Pelabuhan Utara022.4614-08-2026
5Mayat dalam beg pakaian dalam Sungai Perak disahkan wanita, dibunuh – Polis023.6515-08-2026
6Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah026.6314-08-2026
7Sindiket tawar bidang profesional021.7415-08-2026
8PSNI release images of men it wishes to speak to in connection with Belfast riots06.8717-06-2026
9СМИ: в Актюбинской области трое неизвестных попытались проникнуть в воинскую часть0007-01-2022
10ТЖМ құтқарушылары түн ішінде қамыс арасынан 2 адамды тапты018.5312-08-2026

Классификация: Происшествия. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 24.38. Источник: www.utusan.com.my.