KUALA KANGSAR: Misteri penemuan mayat seorang wanita yang disumbat di dalam sebuah beg pakaian dan ditemukan terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini semalam, kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, mangsa dipercayai wanita berusia lingkungan 30 tahun, namun ... Read more
The post Mayat dalam beg pakaian dalam Sungai Perak disahkan wanita, dibunuh – Polis appeared first on Utusan Malaysia.
KUALA KANGSAR: Misteri penemuan mayat seorang wanita yang disumbat di dalam sebuah beg pakaian dan ditemukan terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini semalam, kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, mangsa dipercayai wanita berusia lingkungan 30 tahun, namun identitinya masih belum dikenal pasti.
Katanya, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 3.12 petang yang memaklumkan penemuan sebuah beg pakaian mencurigakan di tengah sungai.
“Pasukan polis yang tiba di lokasi mendapati terdapat mayat seorang wanita di dalam beg berkenaan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Taiping sebelum dihantar ke hospital itu untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.
Sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di talian 05-776 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, pasukan bomba digerakkan ke lokasi bagi membawa naik beg pakaian yang ditemukan orang awam sebelum pemeriksaan mendapati terdapat mayat seorang wanita di dalamnya. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu | 0 | 24.38 | 15-08-2026 |
| 2 | Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak | 0 | 23.98 | 14-08-2026 |
| 3 | В Красноярском крае нашли тело женщины, пропавшей во время сплава | 0 | 5 | 30-06-2026 |
| 4 | Coroner IDs woman found dead on Las Vegas sidewalk | 0 | 5 | 13-07-2026 |
| 5 | E-dompet lubuk transaksi haram | 0 | 28.13 | 14-08-2026 |
| 6 | В Кургане в реке обнаружили фрагменты человеческого тела | 0 | 0 | 25-05-2020 |
| 7 | Сплав обернулся трагедией: тело женщины нашли в реке | -5 | 5 | 30-06-2026 |
| 8 | Woman found dead in car in Kelowna; RCMP investigating | -2 | 6 | 11-07-2026 |
| 9 | What Autopsies Reveal About Two Women Found Dead in Ameca River | 0 | 9.68 | 30-07-2026 |
| 10 | В лесу в Приангарье нашли мертвой пропавшую более двух недель назад жительницу Красноярска | 0 | 0 | 20-03-2023 |