PETALING JAYA: Sindiket dan individu yang terlibat dalam aktiviti haram seperti perjudian memanipulasi platform e-dompet bagi melakukan urus niaga untuk mengaburi kegiatan mereka. Ini antara modus operandi terkini untuk mengelakkan aliran wang berkaitan aktiviti perjudian dikesan agensi penguatkuasaan. Apatah lagi, pendaftaran boleh dilakukan dalam tempoh beberapa minit menerusi telefon pintar berbanding pembukaan akaun bank yang ... Read more
The post E-dompet lubuk transaksi haram appeared first on Utusan Malaysia.
PETALING JAYA: Sindiket dan individu yang terlibat dalam aktiviti haram seperti perjudian memanipulasi platform e-dompet bagi melakukan urus niaga untuk mengaburi kegiatan mereka.
Ini antara modus operandi terkini untuk mengelakkan aliran wang berkaitan aktiviti perjudian dikesan agensi penguatkuasaan.
Apatah lagi, pendaftaran boleh dilakukan dalam tempoh beberapa minit menerusi telefon pintar berbanding pembukaan akaun bank yang tertakluk kepada pelbagai syarat dan pemantauan institusi kewangan.
Malah, sesetengah platform e-dompet hanya mewajibkan dua langkah pendaftaran iaitu mencipta akaun dan mengesahkan identiti menerusi sistem kenali pelanggan anda secara elektronik (e-KYC).
Perkhidmatan itu juga boleh digunakan oleh individu seawal usia 12 tahun, warga asing dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), tertakluk kepada proses pengesahan identiti.
Transaksi maksimum yang dibenarkan pula mencecah RM5,000 pada satu-satu masa.
Ini secara tidak langsung membuka ruang kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar sekolah terlibat aktiviti perjudian dalam talian.
Pakar Kriminologi dan Keselamatan Sempadan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Zalmizy Hussin berkata, e-dompet memudahkan sebarang transaksi termasuk melibatkan sindiket perjudian.
“Menggunakan e-dompet juga lebih selamat bagi mereka berbanding akaun bank yang mempunyai sistem pengesanan penipuan automatik untuk menghantar amaran atau menyekat sementara akaun jika berlaku transaksi yang kerap, berulang-ulang atau mencurigakan dalam masa singkat.
“Justeru, individu yang terlibat biasanya akan menambah nilai e-dompet di kedai serbaneka, stesen minyak dan premis lain sebelum melakukan transaksi berulang-ulang bagi pembelian kredit judi.
“Malah, wang pertaruhan juga boleh dimasukkan ke dalam e-dompet tanpa mudah dikesan, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti sumber wang berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
E-dompet menawarkan kemudahan seperti tambah nilai, pembayaran dan pemindahan wang dalam talian yang sekali gus membolehkan transaksi dilakukan dengan pantas tanpa mengira masa.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), daripada sudut ekonomi dan sosial, judi dalam talian mengakibatkan kebocoran kewangan negara yang amat serius.
Pada Mei 2024, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan 150 akaun keldai bernilai RM32 juta milik sindiket besar.
Malah, kajian menunjukkan kadar masalah perjudian (problem gambling) di Malaysia adalah sekitar 1.4 hingga 2.5 peratus, lebih tinggi berbanding negara Asia lain.
Tambah Zalmizy, individu yang terlibat dalam perjudian juga boleh melakukan transaksi secara terus melalui platform judi haram dengan e-dompet.
Katanya, terdapat kaedah lain yang digunakan membabitkan perjudian dikenali sebagai ‘kaedah berlapis’.
“Wang tunai akan ditukar kepada e-dompet sebelum digunakan untuk membeli kredit judi atau aset kripto.
“Biasanya pelaku memilih e-dompet kerana ia boleh dilakukan 24 jam, pantas dan mudah mengasingkan jumlah besar kepada transaksi kecil bagi mengelak dikesan,” jelasnya.
Sementara itu, penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abd. Rahim berkata, individu yang terlibat dalam transaksi perjudian boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953, bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.
“Di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, kesalahan berkaitan perjudian atau mempromosikan kegiatan perjudian boleh membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM | 0 | 22.19 | 15-08-2026 |
| 2 | 1,200 alat mainan seks dirampas di Pelabuhan Utara | 0 | 22.46 | 14-08-2026 |
| 3 | Sindiket tawar bidang profesional | 0 | 21.74 | 15-08-2026 |
| 4 | Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu | 0 | 24.38 | 15-08-2026 |
| 5 | Gaji RM7,000 sebulan tanpa perlu sijil,kelayakan | 0 | 24.41 | 13-08-2026 |
| 6 | Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah | 0 | 26.63 | 14-08-2026 |
| 7 | Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak | 0 | 23.98 | 14-08-2026 |
| 8 | Jangan mudah terpedaya dengan gaji lumayan | 0 | 23.64 | 15-08-2026 |
| 9 | Mayat dalam beg pakaian dalam Sungai Perak disahkan wanita, dibunuh – Polis | 0 | 23.65 | 15-08-2026 |
| 10 | North Carolina Enacts Strict Rules for Crypto ATMs to Combat Fraud | 0 | 25.46 | 14-07-2026 |