Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Gaji RM7,000 sebulan tanpa perlu sijil,kelayakan

Дата публикации: 13-08-2026 23:00:27


PETALING JAYA: Tawaran gaji sehingga RM7,000 tanpa kelayakan khusus untuk dua bulan pertama pasti akan menarik perhatian pencari kerja. Tetapi itu hanya umpan atau helah digunakan sindiket pekerjaan bagi menarik rakyat Malaysia beker­ja di luar negara termasuk India, sebelum mereka dipaksa menjalankan aktivi­ti penipuan dalam talian atau scam. Perkara itu dikongsi oleh seorang mangsa ejen ... Read more
The post Gaji RM7,000 sebulan tanpa perlu sijil,kelayakan appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Tawaran gaji sehingga RM7,000 tanpa kelayakan khusus untuk dua bulan pertama pasti akan menarik perhatian pencari kerja.

Tetapi itu hanya umpan atau helah digunakan sindiket pekerjaan bagi menarik rakyat Malaysia beker­ja di luar negara termasuk India, sebelum mereka dipaksa menjalankan aktivi­ti penipuan dalam talian atau scam.

Perkara itu dikongsi oleh seorang mangsa ejen pekerjaan di India, Ahmad, 22, yang mengakui tertarik dengan tawaran gaji lumayan itu ditambah pelbagai kemudahan lain termasuk penginapan dan pembe­lajaran percuma selama dua bulan.

Kongsi Ahmad, tawaran itu sangat menarik sebelum dia menyedari keadaan sebenar selepas tiba di negara berkenaan.

“Untuk orang yang pertama kali masuk, ejen menjanjikan gaji RM4,000 untuk dua bulan. Selama dua bulan itu, semuanya percuma termasuk tempat tinggal dan pembelajaran.

“Selepas dua bulan, kami kena cari jualan sendiri. Mi­ni­mum perlu dapat jualan RM15,000. Kalau capai RM15,000 ke atas, kami akan dapat semula gaji asas RM4,000 dan komisen lima peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahmad antara tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tawaran tersebut sebelum berjaya melarikan diri berkata, jumlah pendapatan yang dijanjikan dikatakan tidak mempunyai had kerana ia bergantung kepada jumlah jualan yang berjaya dilakukan.

“Kalau jualan tinggi, gaji pun tinggi. Mereka kata komisen memang lumayan, malah ada hadiah dan angpau tunai.

“Bagi yang berada dalam kedudukan teratas seperti Top 1, Top 2 dan Top 3, mereka juga dijanjikan hadiah emas,” jelasnya.

Ahmad turut mendakwa, terdapat rangkaian individu dan syarikat berpangkalan di negara ini yang dikaitkan dengan operasi berkenaan.

“Saya tahu ada syarikat lain yang baru dibuka di Arab dan Bali. Mereka kata akan buka syarikat-syarikat lain dengan menggunakan pekerja (rakyat Malaysia) sedia ada,” katanya.

Katanya, pengalaman bekerja dengan syarikat sindiket peni­puan menyedarkannya bahawa tawaran pekerjaan dengan gaji tinggi boleh menjadi perangkap untuk membawa mangsa ke luar negara sebelum mereka dikawal dan dieksploitasi.

“Saya pada mulanya ingat dapat kerja yang bagus sebab gaji tinggi. Tetapi selepas sampai, keadaan tidak seperti yang dijanjikan dan saya mula fikir bagaimana mahu keluar.

“Pasport saya pula berada dalam pegangan mereka menyebabkan saya sukar untuk meninggalkan tempat ber­ke­naan.

“Saya memang takut kerana saya tahu mereka boleh buat macam-macam kalau mereka tidak dapat apa yang mereka mahu,” jelasnya.

Mengulas perkara itu, Setia­usaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang menyasarkan rakyat Malaysia dipercayai semakin meluaskan operasi ke negara lain termasuk India, selepas sebelum ini banyak tertumpu di Myanmar, Kemboja dan Laos.

Katanya, MHO memandang serius laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai lebih 100 rakyat Malaysia dipercayai terkandas di India selepas diperdaya dengan tawaran pekerjaan sebelum didakwa dipaksa menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.

Hishamuddin berkata, perkara itu sepatutnya menjadi ‘wake-up call’ kepada kerajaan supaya tidak menunggu sehingga rak­yat Malaysia menjadi mangsa terkandas di luar negara atau berjaya melarikan diri sebelum tindakan diambil.

“MHO juga menyeru kerajaan supaya memperkukuhkan kerjasama antara PDRM, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan agensi penguatkuasaan negara terlibat.

“Ini bukan lagi isu penipuan biasa. Jika rakyat Malaysia diperdaya dengan tawaran pekerjaan, dibawa ke luar negara dan kemudian dipaksa menjalankan kegiatan penipuan, perkara ini perlu dilihat sebagai ancaman jenayah rentas sempadan yang serius.

“Ini termasuk kemungkinan unsur eksploitasi dan pemerdagangan manusia,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Ja­batan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Rusdi Mohd. Isa meminta individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Kata beliau, kerjasama orang ramai penting bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti modus operandi serta rangkaian sindiket yang dipercayai memperdaya rakyat Malaysia dengan tawaran pekerjaan lumayan di luar negara.

“Polis memohon mana-mana individu yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan pe­nipuan pekerjaan di luar negara supaya tampil dan memberikan maklumat kepada pihak polis,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di luar negara.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan lebih 100 rakyat Malaysia kini dipercayai ‘terkandas’ di India selepas diperdaya sebuah syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sebelum mereka didakwa dipaksa menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.

Perkara itu didedahkan seorang mangsa, Muhammad Shafiq Bahri Mohd. Saifol Bahri, 31, yang mendakwa berjaya me­larikan diri daripada sindiket terbabit sebelum mendapatkan bantuan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Pegawai Atase Imigresen Malaysia di New Delhi, Muhammad Syukran Mat Rofa, ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan Sijil Perakuan Cemas (SPC) atau Emergency Certificate telah dikeluarkan kepada Shafiq Bahri bersama seorang lagi rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Jangan mudah terpedaya dengan gaji lumayan023.6415-08-2026
2Sindiket tawar bidang profesional021.7415-08-2026
3Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah026.6314-08-2026
4E-dompet lubuk transaksi haram028.1314-08-2026
5RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM 022.1915-08-2026
6Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak023.9814-08-2026
71,200 alat mainan seks dirampas di Pelabuhan Utara022.4614-08-2026
8Мошенники начали похищать деньги у студентов под видом предложений стажировок-3621-07-2026
9Candidate asked for Rs 90,000. HR refused and offered Rs 80,000. She questioned why the company advertised salaries up to Rs 1 lakh 09.2503-08-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 9. Тональность: 0. Информативность: 24.41. Источник: www.utusan.com.my.