Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM 

Дата публикации: 15-08-2026 04:14:25


PETALING JAYA: Tujuh individu termasuk bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH). Mereka terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH. Kesemua suspek ditahan secara berperingkat antara ... Read more
The post RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM  appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Tujuh individu termasuk bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

Mereka terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH.

Kesemua suspek ditahan secara berperingkat antara pukul 3 petang hingga 10.30 malam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.

Menurut sumber, suspek pertama ialah CEO sebuah syarikat perkapalan bergelar Datuk berusia lingkungan 60-an yang ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu ketika membuat bayaran kepada TH.

“Suspek berkenaan disyaki memalsukan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum bagi kepentingan syarikat miliknya.

“Suspek kedua dan ketiga yang masing-masing bergelar Datuk dan Datuk Seri serta berusia lingkungan 60-an pula ditahan kerana disyaki memperdayakan pegawai TH supaya membuat pelaburan dalam sebuah syarikat pembinaan dengan menjanjikan potensi syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, empat lagi suspek terdiri daripada bekas pengurusan kanan TH berusia lingkungan 50-an dan 60-an, termasuk seorang bergelar Datuk Seri serta seorang wanita.

“Mereka disyaki terlibat dalam amalan rasuah sehingga mendorong TH memasuki perjanjian pajakan empat hotel dengan sebuah syarikat di Arab Saudi bernilai SR2.49 bilion yang mengakibatkan kerugian kepada TH,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata sumber, hanya dua suspek lelaki iaitu CEO syarikat perkapalan dan pengarah syarikat pembinaan bergelar Datuk direman manakala lima lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor masalah kesihatan.

Penahanan itu susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan SPRM bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, perintah reman selama lima hari sehingga 19 Ogos ini terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.-UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1E-dompet lubuk transaksi haram028.1314-08-2026
2Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu024.3815-08-2026
3Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak023.9814-08-2026
4Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah026.6314-08-2026
5Gaji RM7,000 sebulan tanpa perlu sijil,kelayakan024.4113-08-2026
61,200 alat mainan seks dirampas di Pelabuhan Utara022.4614-08-2026
7Sindiket tawar bidang profesional021.7415-08-2026
8Jangan mudah terpedaya dengan gaji lumayan023.6415-08-2026
9В Малайзии задержали главного адвоката экс-премьера Наджиба Разака0013-09-2018
10В Малайзии задержали восемь предполагаемых представителей группировки "Абу Сайяф"0010-05-2021

Классификация: Информация. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 22.19. Источник: www.utusan.com.my.