PETALING JAYA: Sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara kini semakin licik apabila menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang profesional, termasuk minyak dan gas (O&G), kejururawatan serta pelbagai sektor lain. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sindiket lazimnya menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan, faedah menarik serta prospek kerjaya lebih baik sebelum ... Read more
The post Sindiket tawar bidang profesional appeared first on Utusan Malaysia.
PETALING JAYA: Sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara kini semakin licik apabila menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang profesional, termasuk minyak dan gas (O&G), kejururawatan serta pelbagai sektor lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sindiket lazimnya menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan, faedah menarik serta prospek kerjaya lebih baik sebelum meminta mangsa membuat pembayaran atas pelbagai alasan.
“Antara modus operandi yang dikenal pasti ialah menawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan, faedah pekerjaan menarik serta prospek kerjaya yang lebih baik.
“Tawaran boleh melibatkan pelbagai bidang seperti minyak dan gas, pertanian, kejururawatan serta pekerjaan buruh, bergantung kepada profil individu yang disasarkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurut beliau, selepas berjaya menarik minat mangsa, suspek akan mewujudkan keyakinan bahawa proses pengambilan pekerja sedang berjalan sebelum meminta pembayaran bagi urusan visa, permit kerja, tiket penerbangan, dokumentasi, pemeriksaan kesihatan atau caj pemprosesan.
“Selepas pembayaran dibuat, suspek lazimnya memberikan pelbagai alasan untuk melengahkan proses sebelum komunikasi terputus atau mangsa akhirnya mendapati pekerjaan yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud,” jelasnya.
Rusdi berkata, kewujudan surat tawaran, logo syarikat, laman sesawang atau komunikasi yang kelihatan profesional tidak boleh dijadikan bukti tunggal bahawa sesuatu tawaran pekerjaan itu sah.
Katanya, bagi kategori tawaran pekerjaan luar negara yang tidak wujud, mangsa pada asasnya diperdaya untuk mempercayai bahawa mereka sedang memohon atau menerima pekerjaan yang sah sebelum membuat pembayaran.
Namun, terdapat dua jenis tawaran pekerjaan iaitu kerjaya ditawarkan memang tidak wujud dan pekerjaan disediakan berbeza dengan tawaran diiklankan.
“Apa yang membezakan perkara ini adalah kes seseorang benar-benar dibawa ke luar negara sebelum dieksploitasi atau dipaksa menjalankan kegiatan penipuan.
“Kes sedemikian mempunyai elemen jenayah, modus operandi dan bentuk penguatkuasaan yang berbeza dan tidak sewajarnya disamakan dengan kategori penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud,” ujarnya.
Tambah beliau, sebanyak tujuh kes penipuan tawaran pekerjaan luar negara yang tidak wujud direkodkan JSJK bagi tempoh 2024 hingga Julai 2026, membabitkan kerugian keseluruhan RM122,175.
Daripada jumlah itu, United Kingdom (UK) atau England menjadi destinasi pekerjaan yang paling kerap digunakan dalam tawaran kepada mangsa, dengan tiga kes direkodkan.
Menurut JSJK, empat lagi kes masing-masing membabitkan destinasi Jerman, Itali, Laos dan Dubai.
“Berdasarkan rekod JSJK bagi tempoh 2024 hingga Julai 2026, sebanyak tujuh laporan polis telah dikenal pasti berkaitan penipuan tawaran pekerjaan luar negara yang tidak wujud.
“Daripada tujuh kes tersebut, United Kingdom atau England merupakan destinasi pekerjaan yang paling kerap digunakan dalam tawaran kepada mangsa, melibatkan tiga kes,”ujarnya.
Tambah Rusdi, statistik JSJK menunjukkan empat kes direkodkan pada 2024 dengan jumlah kerugian RM75,500 manakala dua kes pada 2025 tidak mencatatkan sebarang kerugian.
“Bagi tempoh Januari hingga Julai 2026 pula, satu kes direkodkan dengan jumlah kerugian RM46,675,” katanya.
Rusdi menegaskan bahawa JSJK memandang serius penipuan berkenaan kerana modus operandi itu bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan.
Malah, dalam keadaan tertentu boleh mendedahkan mangsa kepada risiko keselamatan apabila berurusan dengan pihak yang tidak dikenali.
Ujarnya, tawaran pekerjaan palsu juga berpotensi mendedahkan mangsa kepada penyalahgunaan maklumat peribadi, dokumen perjalanan dan risiko jenayah lain.
“Walaupun jumlah kes bagi kategori khusus ini adalah terkawal, JSJK terus memberikan perhatian kerana satu tawaran pekerjaan palsu bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian kewangan.
“Malah turut berpotensi mendedahkan mangsa kepada penyalahgunaan maklumat peribadi, dokumen perjalanan dan risiko jenayah lain,” jelasnya.
Rusdi menegaskan bahawa nama negara yang direkodkan merujuk kepada destinasi pekerjaan yang digunakan dalam tawaran kepada mangsa dan tidak membawa maksud mana-mana kerajaan atau syarikat di negara berkenaan terlibat dalam penipuan tersebut.
Dalam pada itu, Rusdi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada sekiranya tawaran pekerjaan meminta mereka memasuki negara asing menggunakan visa pelancong, menyerahkan pasport kepada pihak ketiga atau merahsiakan urusan perjalanan daripada keluarga.
“Walau apa pun kategorinya, tawaran kerja yang meminta seseorang masuk ke negara asing menggunakan visa pelancong, menyerahkan pasport kepada pihak ketiga atau merahsiakan urusan perjalanan daripada keluarga perlu dianggap sebagai tanda amaran serius,” katanya. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Jangan mudah terpedaya dengan gaji lumayan | 0 | 23.64 | 15-08-2026 |
| 2 | Gaji RM7,000 sebulan tanpa perlu sijil,kelayakan | 0 | 24.41 | 13-08-2026 |
| 3 | E-dompet lubuk transaksi haram | 0 | 28.13 | 14-08-2026 |
| 4 | Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah | 0 | 26.63 | 14-08-2026 |
| 5 | RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM | 0 | 22.19 | 15-08-2026 |
| 6 | Dua penyeludup lari tinggalkan pacuan empat roda sarat lebih 1.5 tan minyak masak | 0 | 23.98 | 14-08-2026 |
| 7 | 1,200 alat mainan seks dirampas di Pelabuhan Utara | 0 | 22.46 | 14-08-2026 |
| 8 | Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu | 0 | 24.38 | 15-08-2026 |
| 9 | HR-эксперт Сидлецкая: летом активность соискателей снижается | 0 | 3 | 01-07-2026 |
| 10 | Mayat dalam beg pakaian dalam Sungai Perak disahkan wanita, dibunuh – Polis | 0 | 23.65 | 15-08-2026 |