Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman

Дата публикации: 19-10-2026 11:46:15


JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 13 lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian membaling molotov cocktail ke penempatan etnik Rohingya menerusi siri serbuan di sekitar daerah ini bermula Rabu hingga Ahad lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 31 tahun itu ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah ... Read more
The post Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 13 lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian membaling molotov cocktail ke penempatan etnik Rohingya menerusi siri serbuan di sekitar daerah ini bermula Rabu hingga Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 31 tahun itu ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Menurut beliau, semakan rekod mendapati empat daripada suspek mempunyai 12 rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi berasingan itu, polis turut merampas 13 buah telefon bimbit, tiga pasang pakaian serta tiga buah topi baseball yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat.

“Kesemua suspek telah dibenarkan reman oleh Mahkamah Majistret di sini mengikut tempoh berbeza bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan beberapa buah rumah yang menjadi penempatan etnik Rohingya di Kulai Besar, Kulai terbakar setelah dibaling oleh bon api (Molotov cocktail), awal pagi Selasa lalu.

Dalam laporan terdahulu, Ab Rahaman dilaporkan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan ini dilakukan oleh individu yang tidak berpuas hati dengan dua hantaran video yang tular melalui media sosial Facebook.

Jelasnya, video berkenaan memaparkan sekumpulan individu dipercayai warga Rohingya mencabar orang Melayu untuk datang ke kawasan Kulai selain mendakwa orang Melayu sebagai pengecut serta tidak berani masuk ke kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata, empat suspek direman selama lapan hari manakala empat lagi suspe direman selama tujuh hari sehingga Rabu ini.

Katanya, seorang suspek direman selama lima hari bermula Khamis lalu sehingga esok manakala empat suspek lagi direman selama tujuh hari bermula hari in hingga Ahad ini.

“PDRM Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau perlakuan jenayah yang boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian masyarakat di negeri ini.

“Siasatan akan dijalankan secara telus, adil dan tegas tanpa mengira kedudukan mahupun status pelaku yang terlibat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan jenayah untuk menyalurkannya ke balai polis berhampiran.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan IPK Johor di talian 07-2212999. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan025.1820-10-2026
2Rohingya: Aktivis jangan bertindak sendiri, ‘jahil’ undang-undang025.9520-10-2026
3Mangsa kes buli di Kelantan berusia tujuh hingga 18 tahun022.7920-10-2026
4Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas026.7820-10-2026
5Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat022.8719-10-2026
6Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah027.9220-10-2026
7Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda023.6319-10-2026
8Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ 020.9819-10-2026
9UK destinasi paling popular diguna sindiket tawar kerja palsu020.6620-10-2026
10Dawn: При атаке смертника на блокпост в Пакистане погибли 12 человек015.226-09-2026

Классификация: Происшествия. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 24.31. Источник: www.utusan.com.my.