Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ 

Дата публикации: 19-10-2026 08:22:10


PETALING JAYA: Polis merakam keterangan 15 individu termasuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan bernilai RM230.9 juta membabitkan MYEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan kes itu masih dijalankan. “Jumlah rakaman percakapan ... Read more
The post Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ  appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Polis merakam keterangan 15 individu termasuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan bernilai RM230.9 juta membabitkan MYEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan kes itu masih dijalankan.

“Jumlah rakaman percakapan yang telah diambil ialah seramai 15 orang. Daripada jumlah itu, 12 orang daripada JPJ dan tiga lagi pegawai bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 13 Oktober lalu, polis menerima laporan berhubung transaksi kewangan berkenaan pada 7 Oktober lalu selepas memperoleh okumen-dokumen berkaitan dan sedang diteliti.

Satu kertas siasatan kemudian dibuka mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ menggantung perkhidmatan melalui saluran MYEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut hasil JPJ berkuat kuasa 5 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan kegagalan syarikat berkenaan memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.

MYEG telah dilantik sebagai ejen pemungut JPJ bagi perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Pertukaran Hak Milik Kenderaan Motor, perkhidmatan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan pembayaran saman secara elektronik sejak tahun 2000. – UTUSAN 

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat022.8719-10-2026
2Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda023.6319-10-2026
3Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman024.3119-10-2026
4437 polis terima ganjaran kerana lapor rasuah029.3423-09-2026
5Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas026.7820-10-2026
6Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah027.9220-10-2026
7Najib perlu laku tiga perkara untuk dapat pengampunan0515-07-2026
8Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan025.1820-10-2026
9Rohingya: Aktivis jangan bertindak sendiri, ‘jahil’ undang-undang025.9520-10-2026
10Mangsa kes buli di Kelantan berusia tujuh hingga 18 tahun022.7920-10-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 20.98. Источник: www.utusan.com.my.