KOTA BHARU: Polis mengingatkan aktivis media sosial supaya tidak bertindak sendiri terhadap pelarian etnik Rohingya kerana tindakan sedemikian boleh melanggar undang-undang, walaupun didorong niat yang baik. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, golongan itu perlu memahami undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk menghalau komuniti berkenaan dari negeri ini. Katanya, isu pelarian Rohingya bukan ... Read more
The post Rohingya: Aktivis jangan bertindak sendiri, ‘jahil’ undang-undang appeared first on Utusan Malaysia.
KOTA BHARU: Polis mengingatkan aktivis media sosial supaya tidak bertindak sendiri terhadap pelarian etnik Rohingya kerana tindakan sedemikian boleh melanggar undang-undang, walaupun didorong niat yang baik.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, golongan itu perlu memahami undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk menghalau komuniti berkenaan dari negeri ini.
Katanya, isu pelarian Rohingya bukan perkara baharu malah sudah berpuluh-puluh tahun menjadi perhatian kerajaan selain berdepan persoalan negara yang bersedia menerima mereka.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Isu sebenarnya adalah kejahilan undang-undang itu sendiri. Kumpulan aktivis itu jahil dan tidak faham undang-undang. Bukan senang kita nak halau mereka (Rohingya).
“Ke mana kita mahu halau mereka pergi? Cuba cakap dengan saya? Myanmar tidak terima, mahu hantar ke Bangladesh pun tidak iktiraf mereka sebagai rakyat. Kumpulan aktivis ini mahu halau mereka. Isu berkaitan Rohingya ini kerajaan fikir bukan hari ini malah sudah berpuluh tahun,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Pada 18 Oktober lalu, Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung isu tular melibatkan aktivis media sosial dengan komuniti etnik Rohingya di negeri ini.
Mohd. Yusoff berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan.
Katanya, dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes samun yang melibatkan seorang individu daripada komuniti Rohingya dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman | 0 | 24.31 | 19-10-2026 |
| 2 | Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan | 0 | 25.18 | 20-10-2026 |
| 3 | Polis nafi kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu | 0 | 24.38 | 15-08-2026 |
| 4 | Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda | 0 | 23.63 | 19-10-2026 |
| 5 | E-dompet lubuk transaksi haram | 0 | 28.13 | 14-08-2026 |
| 6 | Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat | 0 | 22.87 | 19-10-2026 |
| 7 | Mangsa kes buli di Kelantan berusia tujuh hingga 18 tahun | 0 | 22.79 | 20-10-2026 |
| 8 | Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan | 0 | 22.79 | 23-09-2026 |
| 9 | Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ | 0 | 20.98 | 19-10-2026 |
| 10 | Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas | 0 | 26.78 | 20-10-2026 |