Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda

Дата публикации: 19-10-2026 11:05:39


SHAH ALAM: Polis Selangor menyiasat dakwaan individu menyamar sebagai juruiring atau Aide-de-Camp (ADC) kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor, Istana Mestika berhubung dakwaan penyalahgunaan gambar baginda menerusi hantaran oleh pemilik akaun media sosial ... Read more
The post Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

SHAH ALAM: Polis Selangor menyiasat dakwaan individu menyamar sebagai juruiring atau Aide-de-Camp (ADC) kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor, Istana Mestika berhubung dakwaan penyalahgunaan gambar baginda menerusi hantaran oleh pemilik akaun media sosial Threads, dwan_hamid.

“Hantaran tersebut mendakwa terdapat seorang lelaki yang mengaku sebagai ADC kepada Raja Muda Selangor dan menggunakan gambar baginda bagi memperdaya orang awam dalam urusan pembelian rumah dan kenderaan serta disyaki mengambil wang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan menyerahkan isu individu menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor dengan memperdaya orang ramai kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Kata kenyataan itu, Istana Selangor memandang serius terhadap isu ini dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan menyeluruh dengan adil dan telus.

Istana Selangor memohon kerjasama orang awam supaya membuat semakan dengan pihak pentadbiran istana berkaitan apa-apa dakwaan yang mengaitkan kedudukan individu terlibat dengan nama istana dalam membuat sebarang urusan.

Shazeli kemudian menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan membuat pengesahan melalui saluran rasmi sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat022.8719-10-2026
2Sudut pandang CCTV cetus spekulasi polis ‘escort’ pencuri kabel024.6223-09-2026
3Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ 020.9819-10-2026
4Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman024.3119-10-2026
5Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan022.7923-09-2026
6Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas026.7820-10-2026
7RCI TH : Tujuh termasuk bergelar Datuk Seri ditahan SPRM 022.1915-08-2026
8Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan025.1820-10-2026
9Mangsa kes buli di Kelantan berusia tujuh hingga 18 tahun022.7920-10-2026
10Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah027.9220-10-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 23.63. Источник: www.utusan.com.my.