KUANTAN: Baru lima bulan mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri kini terpaksa ‘berbulan madu’ di lokap selepas kegiatan mereka sebagai penghantar ataupun transporter dadah terbongkar. Kedua-dua suspek berusia 40 tahun hingga 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang yang membuat serbuan ke sebuah rumah di daerah ini pada ... Read more
The post Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah appeared first on Utusan Malaysia.
KUANTAN: Baru lima bulan mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri kini terpaksa ‘berbulan madu’ di lokap selepas kegiatan mereka sebagai penghantar ataupun transporter dadah terbongkar.
Kedua-dua suspek berusia 40 tahun hingga 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang yang membuat serbuan ke sebuah rumah di daerah ini pada 12 Oktober lalu.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 6.315 kilogram yang dianggarkan bernilai RM291,250.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Antara dadah dirampas adalah 2,170 gram cecair ganja, 1,905 gram heroin, 725 gram pil yaba dan 1,515 gram pil Erimin-5. Jika kesemua dadah ini terlepas ke pasaran, ia mampu merosakkan seramai 20,945 orang yang menggunakannya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) di sini, hari ini.
Azry Akmar berkata, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah menerima arahan sebelum menghantar bekalan dadah ke lokasi yang ditetapkan.
“Kedua-dua suspek mengaku menerima bayaran RM1,200 hingga RM1,400 seminggu. polis menyita lima jenis kenderaan dan tiga rampasan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM103,789 untuk siasatan di bawah Akta Dadah (Perlucuthakan Harta) 1988,” katanya.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dalam kes berkenaan dianggarkan berjumlah RM395,039. Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Permohonan reman lanjutan terhadap kedua-dua suspek telah dibenarkan selama enam hari sehingga 25 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas | 0 | 26.78 | 20-10-2026 |
| 2 | Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita | 0 | 23.58 | 22-09-2026 |
| 3 | Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat | 0 | 22.87 | 19-10-2026 |
| 4 | Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman | 0 | 24.31 | 19-10-2026 |
| 5 | Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan | 0 | 22.79 | 23-09-2026 |
| 6 | Pekerja kontrak dipenjara sembilan bulan, tipu sewa rumah | 0 | 26.63 | 14-08-2026 |
| 7 | Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan | 0 | 25.18 | 20-10-2026 |
| 8 | Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ | 0 | 20.98 | 19-10-2026 |
| 9 | Polis Selangor buka kertas siasatan individu dakwa jadi ADC Raja Muda | 0 | 23.63 | 19-10-2026 |
| 10 | Полицейские задержали в Перми гражданских супругов за распространение наркотиков | 0 | 0 | 11-01-2019 |