PETALING JAYA: United Kingdom (UK) atau England menjadi destinasi paling kerap digunakan sindiket dalam tawaran pekerjaan palsu yang memperdaya rakyat Malaysia. Destinasi lain yang turut digunakan dalam tawaran pekerjaan tidak wujud itu ialah Jerman, Itali, Laos dan Dubai. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak tujuh kes penipuan tawaran pekerjaan ... Read more
The post UK destinasi paling popular diguna sindiket tawar kerja palsu appeared first on Utusan Malaysia.
PETALING JAYA: United Kingdom (UK) atau England menjadi destinasi paling kerap digunakan sindiket dalam tawaran pekerjaan palsu yang memperdaya rakyat Malaysia.
Destinasi lain yang turut digunakan dalam tawaran pekerjaan tidak wujud itu ialah Jerman, Itali, Laos dan Dubai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak tujuh kes penipuan tawaran pekerjaan di luar negara direkodkan dari 2024 hingga Ogos 2025, membabitkan kerugian keseluruhan RM122,175.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, empat kes direkodkan pada 2024 dengan kerugian RM75,500, manakala dua kes pada 2025 tidak melibatkan sebarang kerugian kewangan.
“Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, satu kes direkodkan dengan kerugian RM46,675.
“Negara yang disebut merujuk kepada destinasi pekerjaan dalam tawaran kepada mangsa dan tidak bermaksud kerajaan, syarikat atau pihak berkuasa negara berkenaan mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sindiket menggunakan tawaran pekerjaan di luar negara dengan prospek pendapatan lebih tinggi sebagai umpan untuk menarik minat dan membina keyakinan mangsa sebelum meminta bayaran tertentu.
Peluang pekerjaan yang ditawarkan melibatkan pelbagai bidang, termasuk minyak dan gas, pertanian, kejururawatan serta pekerjaan buruh, bergantung kepada profil individu yang disasarkan.
“Selepas berjaya menarik minat mangsa, suspek akan meyakinkan mereka bahawa proses pengambilan pekerja sedang berjalan sebelum meminta bayaran atas pelbagai alasan, termasuk visa, permit kerja, tiket penerbangan, dokumentasi, pemeriksaan kesihatan atau caj pemprosesan.
“Selepas bayaran dibuat, suspek lazimnya memberikan pelbagai alasan untuk melengahkan proses sebelum komunikasi terputus atau mangsa menyedari pekerjaan yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud,” ujarnya.
Rusdi berkata, sindiket kini semakin mahir mewujudkan proses pengambilan pekerja yang kelihatan profesional bagi memperdaya mangsa.
Justeru, katanya, kewujudan surat tawaran, logo syarikat, laman sesawang atau komunikasi yang kelihatan profesional tidak boleh dijadikan bukti tunggal untuk mengesahkan kesahihan sesuatu tawaran pekerjaan.
“Mangsa pada asasnya diperdaya untuk mempercayai bahawa mereka sedang memohon atau menerima tawaran pekerjaan yang sah.
“Proses perekrutan biasanya bermula dengan tawaran pekerjaan yang menarik sebelum mangsa diminta membuat bayaran berkaitan urusan mendapatkan pekerjaan berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Rusdi berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sekiranya terdapat keterangan bahawa suspek secara curang memperdaya mangsa sehingga mendorong mereka menyerahkan wang bagi mendapatkan pekerjaan yang sebenarnya tidak wujud.
Ujarnya, menjalankan siasatan menyeluruh terhadap setiap laporan yang mempunyai unsur penipuan, termasuk kes tawaran pekerjaan yang tidak wujud.
Berdasarkan rekod JSJK, sebanyak lima tangkapan dibuat bagi kategori kes berkenaan dari 2024 hingga Ogos lalu.
“Daripada jumlah itu, masing-masing dua tangkapan direkodkan pada 2024 dan 2025 manakala satu lagi tangkapan dibuat pada tahun ini.
“Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada individu yang berhubung secara langsung dengan mangsa, malah merangkumi aliran wang, akaun penerima, nombor telefon, dokumen pekerjaan dan rangkaian komunikasi,” ujarnya.
Tambah Rusdi, tangkapan turut memberi perhatian kepada individu yang bertindak sebagai perekrut, ejen atau fasilitator bagi mengenal pasti rangkaian yang terlibat dalam kegiatan penipuan berkenaan.
“JSJK memandang serius kes penipuan melibatkan tawaran pekerjaan di luar negara kerana modus operandi ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan, malah dalam keadaan tertentu boleh mendedahkan mangsa kepada risiko keselamatan apabila berurusan dengab engan pihak yang tidak dikenali,” katanya. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas | 0 | 26.78 | 20-10-2026 |
| 2 | Empat mangsa rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar pengawal peribadi sulit kerabat | 0 | 22.87 | 19-10-2026 |
| 3 | Baling molotov cocktail ke penempatan Rohingya, 13 lelaki direman | 0 | 24.31 | 19-10-2026 |
| 4 | Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah | 0 | 27.92 | 20-10-2026 |
| 5 | Rohingya: Aktivis jangan bertindak sendiri, ‘jahil’ undang-undang | 0 | 25.95 | 20-10-2026 |
| 6 | Канаду назвали самой привлекательной страной для трудовых мигрантов | 0 | 0 | 04-03-2021 |
| 7 | Омичам рассказали о новой уловке мошенников с популярным порталом по поиску работы | 0 | 10 | 18-09-2026 |
| 8 | Five Eyes Warns of China Threat to Think Tankers | 0 | 5.93 | 04-06-2026 |
| 9 | Chinese spies are using fake job ads to 'steal secrets' from British military staff, warns MI5 | 0 | 10.98 | 03-06-2026 |
| 10 | Fake Dutch rental ads are booming on social media: here’s how to spot them | 0 | 22.71 | 30-07-2026 |