Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Kerana jari, maruah tergadai

Дата публикации: 16-07-2026 01:00:16


MEDIA sosial dan dunia digital kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat. Telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi, malah menjadi medium untuk mendapatkan maklumat, berinteraksi dan berkongsi pelbagai pengalaman. Bermula sebaik sahaja bangun tidur hingga sebelum melelapkan mata, ramai yang meluangkan masa melayari media sosial. Setiap hari, berjuta-juta gambar, video, komen dan mesej dimuat ... Read more
The post Kerana jari, maruah tergadai appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

MEDIA sosial dan dunia digital kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat.

Telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi, malah menjadi medium untuk mendapatkan maklumat, berinteraksi dan berkongsi pelbagai pengalaman.

Bermula sebaik sahaja bangun tidur hingga sebelum melelapkan mata, ramai yang meluangkan masa melayari media sosial.

Setiap hari, berjuta-juta gambar, video, komen dan mesej dimuat naik ke internet, namun tidak semua pengguna menyedari setiap tindakan tersebut meninggalkan jejak digital yang sukar dipadam.

Jejak digital ialah rekod aktiviti yang ditinggalkan apabila seseorang menggunakan internet. Sama ada memuat naik gambar, memberi komen, berkongsi hantaran atau sekadar menekan butang ‘suka’, semuanya boleh direkodkan dan dijejaki semula.

Ramai beranggapan kandungan yang dipadam akan hilang selama-lamanya, sedangkan hakikatnya ia mungkin telah dirakam layar, dimuat turun atau dikongsi semula oleh pengguna lain. Sebab itulah internet sering disifatkan mempunyai ‘ingatan yang panjang’.

Tidak dinafikan media sosial membawa banyak manfaat. Ia memudahkan komunikasi, mempercepat penyebaran maklumat serta membuka peluang kepada perniagaan, pendidikan dan pembangunan kerjaya. Namun, apabila digunakan tanpa pertimbangan dan tanggungjawab, platform yang sama boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial.

Budaya mengejar populariti semakin ketara, terutama dalam kalangan generasi muda. Demi mendapatkan tanda ‘suka’, tontonan atau pengikut yang ramai, ada yang sanggup berkongsi hal peribadi secara berlebihan atau memuat naik kandungan sensitif tanpa memikirkan kesannya.

Lebih membimbangkan, sesetengah pengguna menganggap identiti di alam maya memberi kebebasan mutlak untuk berkata apa sahaja tanpa perlu bertanggungjawab. Hakikatnya, setiap tindakan dalam talian mempunyai implikasi yang sama seperti di dunia nyata.

Banyak kes membuktikan satu hantaran mampu mengubah kehidupan seseorang. Ada yang kehilangan peluang pekerjaan apabila majikan menemui kandungan media sosial yang tidak profesional. Ada yang berdepan keretakan hubungan keluarga dan persahabatan akibat penyebaran maklumat peribadi. Tidak kurang juga yang mengalami tekanan emosi kerana menjadi mangsa kecaman dan buli siber.

Selain itu, penyebaran berita palsu dan fitnah terus menjadi cabaran besar dalam era digital. Dengan hanya satu klik, maklumat yang tidak disahkan boleh tersebar kepada ribuan pengguna dalam masa singkat. Akibatnya, reputasi individu boleh tercemar, keharmonian masyarakat tergugat dan keyakinan terhadap maklumat dalam talian semakin terhakis.

Ramai juga tidak menyedari penggunaan media sosial di Malaysia tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pengguna yang menyebarkan kandungan berunsur fitnah, ancaman, penghinaan atau maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Peraturan ini bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara, sebaliknya memastikan ruang digital kekal selamat dan bertanggungjawab.

Oleh itu, literasi digital perlu diperkasakan. Sebelum memuat naik atau berkongsi sesuatu kandungan, pengguna wajar bertanya kepada diri sendiri sama ada maklumat itu benar, bermanfaat dan tidak memudaratkan orang lain.

Ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat juga perlu memainkan peranan membentuk budaya digital yang beretika agar generasi muda memahami teknologi menuntut disiplin, bukan sekadar kebebasan.

Dunia digital akan terus berkembang tetapi kemajuan teknologi perlu disertai nilai tanggungjawab dan integriti.

Setiap klik mungkin hanya mengambil masa beberapa saat, namun kesannya boleh kekal bertahun-tahun.

Justeru, fikirkan dahulu sebelum menekan butang ‘hantar’ atau ‘kongsi’, kerana maruah yang tergadai sering bermula hanya dengan satu sentuhan jari. –UTUSAN

HAZIQ NAZARRUDIN
Program Perhubungan Awam,
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Pengajaran pasca PRN Johor0317-07-2026
2Demam Piala Dunia turut dirasai wanita0517-07-2026
3Pemimpin suri teladan0316-07-2026
4AI lemahkan keupayaan berfikir?0516-07-2026
5Dunia skrin ancam keselamatan pelajar-5616-07-2026
6Kaum Cina hilang kepercayaan terhadap DAP?-2317-07-2026
7Gangguan siaran Radio Klasik0317-07-2026
8Najib perlu laku tiga perkara untuk dapat pengampunan0515-07-2026
9UK social media ban: tech restrictions for teens can’t be the only approach0520-06-2026
10Urban Communication Award Winners 20260525-06-2026

Классификация: Пресс-релизы. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: -2. Информативность: 3. Источник: www.utusan.com.my.