Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

AI lemahkan keupayaan berfikir?

Дата публикации: 16-07-2026 01:00:46


KECERDASAN buatan (AI) generatif seperti ChatGPT, Claude, Gemini dan DeepSeek mengubah cara manusia bekerja, belajar serta menghasilkan idea. Tugasan yang dahulunya mengambil masa berjam-jam kini boleh disiapkan dalam beberapa minit hanya dengan satu arahan. Teknologi ini sememangnya meningkatkan kecekapan, namun persoalan yang semakin mendapat perhatian ialah sama ada AI benar-benar mengukuhkan pemikiran manusia atau menjadikan ... Read more
The post AI lemahkan keupayaan berfikir? appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KECERDASAN buatan (AI) generatif seperti ChatGPT, Claude, Gemini dan DeepSeek mengubah cara manusia bekerja, belajar serta menghasilkan idea.

Tugasan yang dahulunya mengambil masa berjam-jam kini boleh disiapkan dalam beberapa minit hanya dengan satu arahan.

Teknologi ini sememangnya meningkatkan kecekapan, namun persoalan yang semakin mendapat perhatian ialah sama ada AI benar-benar mengukuhkan pemikiran manusia atau menjadikan kita semakin bergantung kepada mesin.

Data global menunjukkan penggunaan AI berkembang dengan pantas. Institut Ekonomi AI Microsoft (2025) melaporkan hampir satu perenam penduduk dunia menggunakan AI generatif dalam pekerjaan. Sementara itu, Microsoft dan LinkedIn (2024) mendapati 90 peratus pengguna mengakui AI meningkatkan produktiviti, dapat menumpukan perhatian kepada tugasan bernilai tinggi (85 peratus) dan berasa lebih kreatif (84 peratus).

Di Malaysia, trend ini juga semakin ketara. EY Work Reimagined Survey (2025) melaporkan 93 peratus pekerja menggunakan AI generatif dalam tugasan harian, manakala 76 peratus menyatakan produktiviti meningkat.

Kerajaan turut memperkukuh agenda AI menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Negara (NAIO), dengan teknologi ini dijangka menyumbang sehingga AS$113.4 bilion (RM462 bilion) kepada produktiviti negara.

Namun, kebergantungan yang berlebihan boleh menghakis keupayaan berfikir. Fenomena pemindahan beban kognitif berlaku apabila manusia menyerahkan proses mengingat, menganalisis dan membuat keputusan kepada mesin.

Kajian MIT Media Lab (2025) mendapati pengguna ChatGPT menunjukkan aktiviti otak, penglibatan memori dan tahap kreativiti yang lebih rendah berbanding individu yang menyelesaikan tugasan tanpa bantuan AI.

Cabaran ini lebih ketara dalam sektor pendidikan. Stanford AI Index (2026) melaporkan sekitar 80 peratus pelajar pernah menggunakan AI generatif untuk membantu pembelajaran. Walaupun teknologi ini memudahkan pemahaman dan mempercepat penyediaan tugasan, namun pergantungan tanpa usaha memahami kandungan boleh menjadikan proses pembelajaran lebih cetek.

Pelajar mungkin memperoleh jawapan yang betul tetapi gagal menguasai kemahiran berfikir kritis, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara berdikari.

AI seharusnya berfungsi sebagai alat yang membantu manusia, bukannya menggantikan proses berfikir. Keupayaan menilai, mempertikai, membuat pertimbangan dan menghasilkan idea baharu tetap memerlukan kebijaksanaan insan.

Justeru, cabaran sebenar ialah memastikan manusia terus melatih akal untuk berfikir secara kritis, kreatif dan berhikmah.

AI boleh mempercepatkan kerja tetapi hanya manusia mampu menggunakan ilmu dan kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang benar serta bertanggungjawab. -UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MAZNI OMAR
Pensyarah,
Pusat Pengajian Pengkomputeran,
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Pemimpin suri teladan0316-07-2026
2Painters, nursing assistants, and more: Microsoft's top 10 most AI-safe careers0731-07-2025
3We can live without AI, but can we live without clean water? | Letters0601-07-2026
4Painters, nursing assistants, and more: Microsoft's top 10 most AI-safe careers0731-07-2025
5The AI Hype Reckoning Is Upon Us-3609-07-2026
6Are humans losing the ability to think for themselves?0508-04-2026
7Kerana jari, maruah tergadai-2316-07-2026
8The Rise of AI Influencers: Can Users Still Tell What's Real? 0723-06-2026
9Dunia skrin ancam keselamatan pelajar-5616-07-2026
10AI-Written books Are here 0625-06-2026

Классификация: Наука. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 5. Источник: www.utusan.com.my.