Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Dunia skrin ancam keselamatan pelajar

Дата публикации: 16-07-2026 01:00:31


KESELAMATAN dan kesejahteraan emosi pelajar kini berdepan cabaran baharu yang semakin membimbangkan. Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk belajar dan membentuk sahsiah turut terdedah insiden keganasan yang sukar dijangka. Kebimbangan ini kembali menjadi perhatian susulan kejadian seorang pelajar perempuan menjadi mangsa tikaman di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat, baru-baru ini. Walaupun kes ... Read more
The post Dunia skrin ancam keselamatan pelajar appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KESELAMATAN dan kesejahteraan emosi pelajar kini berdepan cabaran baharu yang semakin membimbangkan.

Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk belajar dan membentuk sahsiah turut terdedah insiden keganasan yang sukar dijangka.

Kebimbangan ini kembali menjadi perhatian susulan kejadian seorang pelajar perempuan menjadi mangsa tikaman di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat, baru-baru ini.

Walaupun kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa, ia wajar dijadikan peringatan yang isu kesihatan mental, kawalan emosi dan pengaruh media digital dalam kalangan remaja memerlukan perhatian.

Perlakuan agresif tidak lagi boleh dilihat sebagai masalah disiplin. Pendedahan berlebihan terhadap telefon pintar, media sosial dan permainan video turut membentuk cara remaja mentafsir dunia.

Mereka membesar dalam persekitaran digital yang menawarkan maklumat, hiburan dan interaksi tanpa batas sehingga mencampuradukkan dunia maya dengan realiti.

Apabila remaja gagal memahami perbezaan ini, mereka lebih mudah bertindak mengikut emosi tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.

Lebih membimbangkan, algoritma media sosial mempromosikan kandungan yang mampu menarik perhatian pengguna. Video pergaduhan, buli, penghinaan dan aksi ganas lazimnya menerima tontonan tinggi sebelum disebarkan kepada lebih ramai pengguna. Pendedahan berulang terhadap kandungan seperti ini boleh menormalisasikan keganasan sehingga sesuatu yang dahulunya dianggap salah akhirnya dilihat sebagai perkara biasa.

Pengaruh permainan video berunsur keganasan juga tidak boleh dipandang ringan. Banyak permainan menawarkan ganjaran apabila pemain berjaya menewaskan lawan.

Walaupun majoriti pemain mampu membezakan permainan dengan realiti, namun pendedahan berlebihan tanpa kawalan, khususnya kepada remaja yang masih berkembang dari segi emosi, boleh mengurangkan rasa empati serta meningkatkan kecenderungan bertindak secara impulsif ketika berhadapan konflik.

Peranan ibu bapa menjadi semakin penting dalam landskap digital hari ini. Telefon pintar tidak seharusnya dijadikan alat untuk mengisi masa lapang anak-anak tanpa pemantauan. Sebaliknya, ibu bapa perlu mengetahui kandungan dan permainan yang dimainkan selain perubahan tingkah laku anak.

Komunikasi terbuka dalam keluarga mampu membantu mengesan lebih awal tekanan emosi, ketagihan gajet atau perubahan sikap yang membimbangkan.

Pada masa sama, kerajaan, institusi pendidikan dan penyedia platform digital perlu memperkukuh kerjasama bagi mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat.

Pendidikan literasi digital, pengurusan emosi dan keselamatan dalam talian perlu diperkasakan di sekolah, manakala guru bimbingan dan kaunseling harus diperlengkap dengan kemahiran mengenal pasti pelajar yang berisiko.

Platform media sosial pula perlu memperketat kawalan terhadap kandungan ganas yang mudah diakses oleh pengguna bawah umur.

Insiden keganasan di sekolah bukan sekadar isu jenayah atau disiplin, sebaliknya mencerminkan cabaran baharu.

Kegagalan membezakan antara dunia maya dengan alam nyata boleh menjejaskan cara remaja berfikir, mengawal emosi dan membuat pertimbangan. Justeru, usaha melindungi generasi muda tidak lagi memadai dengan memperkukuh aspek keselamatan fizikal semata-mata.

Pendidikan literasi digital, pemantauan ibu bapa dan kerjasama semua pihak perlu diperkasakan agar teknologi terus menjadi alat yang membina insan, bukannya mencetuskan ancaman kepada keselamatan pelajar. –UTUSAN

AFIQAH KAMARUL
Pensyarah Kanan,
Program Komunikasi Media Baharu,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Pengajaran pasca PRN Johor0317-07-2026
2Kerana jari, maruah tergadai-2316-07-2026
3AI lemahkan keupayaan berfikir?0516-07-2026
4Hargai anggota Rela0517-07-2026
5Pemimpin suri teladan0316-07-2026
6Demam Piala Dunia turut dirasai wanita0517-07-2026
7Понятие «школьная травля» хотят закрепить в законе: поможет ли это спасти детей0514-07-2026
8Un projet d’attentat contre une école déjoué? Six élèves interpellés après "des menaces proférées sur un groupe TikTok"0506-07-2026
9ABC: в Пенсильвании в школе объявили тревогу из-за угроз со стороны учащегося0026-10-2018
10В уфимской школе проводят проверки после сообщений о травле девочки0024-12-2019

Классификация: Происшествия. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: -5. Информативность: 6. Источник: www.utusan.com.my.