SAMBUTAN Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Ke-54 dan Karnival Jelajah Wira Madani Rela Tahun 2026 diadakan di Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM), Melaka. Program yang menghimpunkan hampir 1,000 anggota Rela dan masyarakat ini bertujuan untuk memperingati penubuhan Rela sebagai sebuah organisasi sukarelawan keselamatan dalam membantu kerajaan memelihara ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat sejak penubuhannya ... Read more
The post Hargai anggota Rela appeared first on Utusan Malaysia.
SAMBUTAN Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Ke-54 dan Karnival Jelajah Wira Madani Rela Tahun 2026 diadakan di Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM), Melaka.
Program yang menghimpunkan hampir 1,000 anggota Rela dan masyarakat ini bertujuan untuk memperingati penubuhan Rela sebagai sebuah organisasi sukarelawan keselamatan dalam membantu kerajaan memelihara ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat sejak penubuhannya pada 3 Julai 1972.
Sambutan ini turut menjadi manifestasi penghargaan kepada seluruh warga Rela atas jasa dan pengorbanan dalam melaksanakan amanah kepada negara.
Ulang tahun ke-54 bukan sekadar meraikan penubuhan Rela, malah melambangkan kematangan sebuah organisasi yang kekal utuh sebagai rakan strategik kerajaan dalam memperkukuh keselamatan komuniti. Semangat sukarelawan yang menjadi tunjang penubuhan Rela terus relevan dan menjadi bukti bahawa patriotisme rakyat Malaysia sentiasa subur dalam menyokong agenda keselamatan negara.
Nilai pengorbanan anggota Rela tidak boleh diukur dengan wang ringgit kerana mereka merupakan wira masyarakat yang sentiasa bersedia berkhidmat demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Seiring aspirasi Malaysia Madani, kerajaan akan terus memperkukuh peranan Rela sebagai aset strategik negara melalui pemerkasaan latihan, peningkatan kebajikan anggota serta pengiktirafan yang sewajarnya. Rela juga disaran terus memperkasa kompetensi anggotanya agar sentiasa bersedia mendepani cabaran keselamatan pada masa ini.-UTUSAN
JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Dunia skrin ancam keselamatan pelajar | -5 | 6 | 16-07-2026 |
| 2 | Pengajaran pasca PRN Johor | 0 | 3 | 17-07-2026 |
| 3 | Gangguan siaran Radio Klasik | 0 | 3 | 17-07-2026 |
| 4 | Cyber Security Risk Conference 2026 | 0 | 5 | 02-07-2026 |
| 5 | Government Cyber Security Showcase Western Australia 2026 | 0 | 5 | 09-03-2026 |
| 6 | 2026 Native Hawaiian Convention countdown begins in Honolulu | 0 | 5 | 13-07-2026 |
| 7 | Meet the 2026 Sikh Summit Speakers | 5 | 6 | 29-06-2026 |
| 8 | CyberSecIndonesia Conference 2026 | 0 | 5 | 15-05-2026 |
| 9 | Указ Губернатора Пермского края от 17 февраля 2026 г. N 9 «О создании регионального организационного комитета по подготовке и проведению мероприятий в рамках Года единства народов России на территории Пермского края» | 0 | 5 | 02-03-2026 |
| 10 | Ключевые события Росгвардии: итоги недели с 29 июня по 5 июля (видео) | 0 | 5 | 06-07-2026 |