Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Pemimpin suri teladan

Дата публикации: 16-07-2026 01:00:57


MENJADI pemimpin bukan sekadar memegang jawatan atau memiliki kuasa membuat keputusan, sebaliknya memikul amanah besar untuk membimbing organisasi ke arah kecemerlangan. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Masyarakat 5.0 dan kecerdasan buatan (AI), pemimpin perlu memiliki ilmu, pengalaman serta kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang tepat demi kelangsungan organisasi. Pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang menjadi ... Read more
The post Pemimpin suri teladan appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

MENJADI pemimpin bukan sekadar memegang jawatan atau memiliki kuasa membuat keputusan, sebaliknya memikul amanah besar untuk membimbing organisasi ke arah kecemerlangan.

Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Masyarakat 5.0 dan kecerdasan buatan (AI), pemimpin perlu memiliki ilmu, pengalaman serta kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang tepat demi kelangsungan organisasi.

Pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang menjadi suri teladan. Mereka bukan sahaja dinilai melalui pencapaian organisasi tetapi juga melalui keperibadian, integriti dan cara berinteraksi dengan warga kerja.

Sikap yang berhemah, komunikasi yang jelas serta keupayaan memahami keperluan pekerja mampu membina kepercayaan dan rasa hormat.

Apabila kepercayaan ini wujud, pekerja akan melaksanakan tugas bukan kerana arahan semata-mata tetapi kerana yakin terhadap kewibawaan pemimpin mereka.

Sebaliknya, kegagalan memimpin dengan hikmah boleh menjejaskan suasana kerja. Pemimpin yang gemar bercakap tanpa pertimbangan, mengabaikan pandangan pekerja atau terlalu menonjolkan kedudukan akan mewujudkan jurang serta menghakis semangat kerja berpasukan.

Seperti pepatah Melayu, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,’ komunikasi yang tidak berhemah mampu merosakkan hubungan dalam organisasi.

Seorang pemimpin juga perlu bijak menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan. Ketegasan penting untuk memastikan disiplin dan matlamat organisasi tercapai, namun empati serta sifat prihatin sama penting dalam membina hubungan yang harmoni.

Keseimbangan antara ketegasan dan nilai kemanusiaan inilah yang membezakan pemimpin berwibawa daripada pemimpin yang hanya bergantung pada kuasa jawatan.

Hakikatnya, ukuran sebenar kepimpinan dapat dilihat melalui legasi yang ditinggalkan. Pemimpin yang berintegriti akan terus dihormati dan dikenang walaupun tidak lagi memegang jawatan, manakala pemimpin yang gagal melaksanakan amanah akan mudah dilupakan.

Oleh itu, setiap pemimpin perlu memanfaatkan amanah yang diberikan untuk membina budaya kerja yang positif, memperkasa potensi warga organisasi dan meninggalkan legasi yang memberi manfaat kepada generasi seterusnya. –UTUSAN

PROFESOR DR. ZAFIR KHAN MOHAMED MAKHBUL
Profesor Pengurusan Sumber Manusia
dan PengurusanOrganisasi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1AI lemahkan keupayaan berfikir?0516-07-2026
2На Украине арестовали экс-главу Апелляционного суда Крыма Чернобука0005-11-2018
3Россияне назвали доход, необходимый им для достойной жизни: 50-80 тысяч рублей0026-04-2021
4L'OM en route vers la deuxième place : une victoire historique à Angers 0010-02-2025
5Глава 13 "Подозрения и Обман": Джокер и голубь с большой ...0021-02-2025
6Газинский: сборная России в матче против шведов будет играть только на победу0019-11-2018
7☝Мамы, хотите действительно отдохнуть и не думать как накормить любимых, ...5629-06-2026
8ABC: Трамп рассматривает возможность отставки главы аппарата Белого дома0013-11-2018
9Kerana jari, maruah tergadai-2316-07-2026
10онлайн заказ Плавание в бассейне Яндекс Маркет Задумывались ли вы ...0021-02-2025

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 3. Источник: www.utusan.com.my.