Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Kaum Cina hilang kepercayaan terhadap DAP?

Дата публикации: 17-07-2026 01:00:31


DAP kini berdepan cabaran besar apabila sokongan masyarakat Cina, khususnya kelompok pengundi tradisinya, dilihat semakin terhakis. Perubahan sokongan ini bukan sekadar persepsi politik, sebaliknya dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila DAP mengalami kekalahan di beberapa kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuatnya. Kejutan terbesar berlaku apabila lapan kerusi Dewan Undangan ... Read more
The post Kaum Cina hilang kepercayaan terhadap DAP? appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

DAP kini berdepan cabaran besar apabila sokongan masyarakat Cina, khususnya kelompok pengundi tradisinya, dilihat semakin terhakis. Perubahan sokongan ini bukan sekadar persepsi politik, sebaliknya dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila DAP mengalami kekalahan di beberapa kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuatnya.

Kejutan terbesar berlaku apabila lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu, khususnya kawasan dengan komposisi masyarakat Cina melebihi 50 peratus, berpindah tangan kepada Barisan Nasional (BN) melalui MCA dan MIC. Keputusan tersebut memberi isyarat sebahagian pengundi yang selama ini menjadi asas sokongan DAP mula menilai semula pilihan politik mereka.

Situasi itu memberi tekanan kepada DAP untuk mencari pendekatan baharu bagi mengembalikan keyakinan rakyat, khususnya menjelang PRN Negeri Sembilan. Dalam perkembangan berkaitan, DAP Melaka mengambil tanggungjawab politik dengan memutuskan untuk keluar daripada kerajaan negeri, walaupun masih berada dalam kerangka Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan.

Namun, keputusan tersebut menimbulkan persoalan kerana langkah itu dibuat hanya berkaitan isu pelantikan wakil rakyat tambahan oleh kerajaan negeri. Tindakan tersebut dilihat oleh sesetengah pihak sebagai kurang seimbang berbanding cabaran lebih besar yang sedang dihadapi parti, iaitu krisis kepercayaan dalam kalangan pengundi sendiri.

Jika DAP Melaka benar-benar mahu membina semula keyakinan masyarakat Cina, tindakan yang lebih konsisten perlu dilakukan. Mereka sewajarnya menggesa kepimpinan tertinggi parti mengambil langkah serupa di peringkat Kerajaan Persekutuan sebagai tanda kesungguhan menangani isu dalaman dan persepsi rakyat terhadap parti.

Malah, DAP Melaka boleh mencadangkan supaya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mengadakan mesyuarat perwakilan luar biasa bagi membincangkan hala tuju parti dalam menghadapi perubahan sokongan pengundi.

Persoalannya kini, adakah pendekatan yang sama akan diambil oleh DAP Negeri Sembilan sebelum hari pengundian pada 1 Ogos 2026? Adakah parti itu akan mengambil langkah yang lebih tegas untuk membuktikan komitmen memulihkan keyakinan rakyat atau terus bergantung kepada formula politik sedia ada?

DAP perlu memahami sokongan rakyat bukan sesuatu yang kekal. Kepercayaan perlu dibina semula melalui tindakan yang meyakinkan, bukan sekadar kenyataan politik. –UTUSAN

RAHMAD ISAHAK, Bekas ahli DAP

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Билибино: Вечер 31 окт, Ср0030-10-2018
2ABC: Трамп рассматривает возможность отставки главы аппарата Белого дома0013-11-2018
3Kerana jari, maruah tergadai-2316-07-2026
4Najib perlu laku tiga perkara untuk dapat pengampunan0515-07-2026
5Gangguan siaran Radio Klasik0317-07-2026
6Магия этой жизни - в том, что ты всегда на ...0009-03-2023
7Банк в 2024 году увеличил поддержку туристической отрасли в 2,5 раза0020-02-2025
8В рамках реализации образовательного модуля Всероссийской акции «История семьи – ...0023-02-2025
9А вдpуг вce хoтят шпaгaт oт Βoлoчкoвoй.😁 0020-02-2025
10С крыши дома на Измайловском бульваре убрали наледь0027-02-2023

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: -2. Информативность: 3. Источник: www.utusan.com.my.