Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong

Дата публикации: 16-07-2026 23:38:01


REMBAU: Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0, Danish Nazran Murad, 27, merupakan calon termuda yang ditampilkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Danish Nazran berkata, penglibatannya dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan banyak membentuk nilai kepimpinan, pengurusan krisis dan keupayaan memahami keperluan masyarakat ... Read more
The post Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

REMBAU: Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0, Danish Nazran Murad, 27, merupakan calon termuda yang ditampilkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Danish Nazran berkata, penglibatannya dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan banyak membentuk nilai kepimpinan, pengurusan krisis dan keupayaan memahami keperluan masyarakat khususnya penduduk Chembong.

Katanya, fokus utama ketika ini adalah turun padang bertemu rakyat dan golongan belia bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.

“Persiapan saya lebih kepada turun padang, bertemu rakyat dan mendengar sendiri apa yang mereka lalui. Pengalaman dalam misi kemanusiaan banyak mengajar saya tentang kepimpinan, pengurusan krisis dan yang paling penting memahami keperluan orang ramai.

“Saya harap pengalaman itu dapat dimanfaatkan jika diberi peluang berkhidmat sebagai wakil rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Calon termuda yang ditampilkan PH itu juga memberitahu mahu membawa suara belia ke hadapan tanpa mengetepikan kepentingan golongan lain.

“Pada masa sama, tumpuan tetap diberikan kepada seluruh lapisan masyarakat. Kita mahu membawa nafas baharu dengan mengangkat suara belia tanpa meminggirkan keperluan golongan lain,” katanya yang merupakan antara 16 calon yang mewakili PKR.

Mengulas penglibatannya dalam GSF 2.0, Danish Nazran berkata, penyertaannya didorong oleh rasa tanggungjawab terhadap isu kemanusiaan sejagat, khususnya nasib rakyat Palestin.

“Saya sertai Global Sumud Flotilla kerana percaya isu kemanusiaan adalah tanggungjawab kita bersama. Ia bukan tentang mencari perhatian tetapi menunjukkan solidariti secara aman kepada rakyat Palestin.

“Kalau diberi mandat dalam PRN nanti, amanah kepada rakyat sudah tentu menjadi keutamaan saya. Pada masa yang sama saya akan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan dalam apa juga kapasiti yang sesuai,” katanya.

Katanya walaupun bakal berdepan penyandang DUN Chembong daripada Barisan Nasional (BN), beliau berkata, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan saingan terbaik sepanjang PRN.

“Sudah tentu ada rasa gementar kerana ini kali pertama saya bertanding dan saya tahu siapa yang saya hadapi.

 “Tetapi saya melihatnya sebagai satu cabaran. Amanah sudah diberikan kepada saya, jadi saya akan memberikan yang terbaik untuk rakyat DUN Chembong dan PRN Negeri Sembilan,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Datuk Zaifubahri Idris yang mewakili BN menang di kerusi Chembomg dengan majoriti 4,335 undi.-UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
2Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi0317-07-2026
3Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
4Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA0317-07-2026
5Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
6Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu0516-07-2026
7464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual0517-07-2026
8PN-BN belum capai kerjasama politik menyeluruh, hanya persefahaman0317-07-2026
9UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu0516-07-2026
10Mohammed Alani 20260101-07-2026

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 5. Источник: www.utusan.com.my.