Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi

Дата публикации: 17-07-2026 02:50:24


SEREMBAN: Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diminta hadir lebih awal ke pusat penamaan calon bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kerjasama semua calon amat penting bagi melancarkan proses penamaan calon selain memastikan perjalanan urusan berjalan teratur. “Pada masa sama, ... Read more
The post Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

SEREMBAN: Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diminta hadir lebih awal ke pusat penamaan calon bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kerjasama semua calon amat penting bagi melancarkan proses penamaan calon selain memastikan perjalanan urusan berjalan teratur.

“Pada masa sama, semua penyokong parti yang bertanding supaya mengelakkan sebarang bentuk provokasi sepanjang proses penamaan calon bagi memastikan kelancaran urusan berkenaan.

“Semua parti yang bertanding juga diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan serta mengelakkan kesalahan lazim yang sering berlaku sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Forest Heights di sini hari ini.

Mengulas mengenai penyusunan pusat penamaan calon, Ramlan berkata, SPR menggunakan pendekatan mengikut kawasan Parlimen bagi PRN Negeri Sembilan, berbeza dengan PRN Johor yang menggunakan pusat penamaan calon mengikut kawasan DUN.

“Di Johor, kita ada 56 pusat penamaan calon kerana dibuat mengikut DUN. Bagi Negeri Sembilan, kita buka mengikut Parlimen, jadi terdapat lapan pusat penamaan calon.

“Ia bergantung kepada keadaan dan keperluan lokaliti. Ada negeri yang sesuai dibuat mengikut Parlimen dan ada negeri yang lebih sesuai dibuat mengikut DUN.

“Sebagai contoh, di Sabah kita gunakan kaedah mengikut DUN, di Johor juga mengikut DUN manakala di Negeri Sembilan mengikut Parlimen berdasarkan kesesuaian,” katanya.-UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual0517-07-2026
2Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
3Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
4Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu0516-07-2026
5Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
6Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA0317-07-2026
7PN-BN belum capai kerjasama politik menyeluruh, hanya persefahaman0317-07-2026
8UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu0516-07-2026
9Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong0516-07-2026
10 El PSPV abre el plazo para sus primarias: Morant puede ser ya la candidata esta misma semana 0530-06-2026

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 3. Источник: www.utusan.com.my.