Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu

Дата публикации: 16-07-2026 22:50:23


SEREMBAN: Kejayaan rundi­ngan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Nege­ri (PRN) Negeri Sembilan bakal membawa kepada penyatuan undi Melayu. Kerjasama untuk tidak mele­takkan calon di kerusi sama atau electoral pact akan mening­kat­kan peluang kemenangan ke­dua-dua gabungan. Jangkaan itu berdasarkan andaian bahawa undi khususnya dalam kalangan orang Melayu ... Read more
The post Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

SEREMBAN: Kejayaan rundi­ngan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Nege­ri (PRN) Negeri Sembilan bakal membawa kepada penyatuan undi Melayu.

Kerjasama untuk tidak mele­takkan calon di kerusi sama atau electoral pact akan mening­kat­kan peluang kemenangan ke­dua-dua gabungan.

Jangkaan itu berdasarkan andaian bahawa undi khususnya dalam kalangan orang Melayu tidak berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada BN dan PN.

Daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, 23 daripadanya adalah kerusi majoriti Melayu.

Ini melepasi majoriti mudah 19 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, sekiranya BN dan PN menang di kesemua DUN berkenaan.

Berdasarkan keputusan PRN lalu, hanya empat kerusi majoriti Melayu yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) iaitu Klawang, Ampangan, Sikamat dan Pilah.

Selain itu, persefahaman tersebut turut dijangka memberi ke­lebihan di tiga kerusi campuran yang mempunyai komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu hampir seimbang iaitu Chennah, Temiang dan Nilai, yang sebelum ini dimenangi DAP.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor berkata, pengundi Melayu sudah tentu akan menjadi penentu dalam PRN kali ini, khususnya di kawasan yang memiliki peratusan majoriti.

“Undi Melayu di kawasan majoriti Melayu yang akan menjadi penentu, kalau di kawasan lain sudah tentu sebaliknya.

“Apabila undi tidak berpecah memang peluang menang itu adalah lebih baik, itu yang sebenarnya. Jika berpe­cah akhirnya kita akan kalah, mesej itu amat jelas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, BN mengumumkan calon di 25 daripada ke­seluruhan 36 kerusi DUN bagi menghadapi kempen PRN Negeri Sembilan yang bermula esok.

Daripada 25 kerusi itu, 16 ditandingi oleh UMNO, tujuh dari MCA dan dua calon MIC.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Kamarol Ridzuan Mohd. Zain berkata, peluang kemenangan sudah jelas seperti di­nyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“Memang kita mahu menewaskan PH, itu jelas dan untuk mencapainya undi BN dan PN perlu bergabung.

“Sebenarnya ia bukan hanya di kerusi-kerusi Melayu, malah peluang kemenangan juga di kerusi bukan Melayu juga kami yakin dengan terdapatnya peralihan sokongan pengundi Cina khususnya,” katanya.

Sementara itu, MIC Negeri Sembilan turut memberikan respons positif mengenai kerjasama berkenaan.

Pengerusinya, P. Supramanium berkata, gabungan undi yang terbentuk antara penyokong BN dan PN mampu membantu MIC menang di DUN Sri Tanjung dan Seremban Jaya.

“Kerjasama ini akan membantu, walaupun dua kerusi ini dimenangi oleh PH sebelum ini. Namun, peluang BN untuk merampasnya meningkat hasil undi diberikan ‘rakan’ kerjasama ini.

“Bagaimanapun, apa yang lebih penting BN dan MIC mesti kerja kuat di lapangan, kena bertemu lebih ramai pengundi kerana peluang untuk menang itu sentiasa terbuka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan proses rundingan kerusi de­ngan BN berada dalam penge­tahuan dan kebenarannya.

Ahmad Samsuri berkata, oleh itu, dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ia dibuat tanpa persetujuan Majlis Tertinggi PN adalah tidak berasas.

Beliau berkata, segala per­bincangan dan libat urus de­ngan mana-mana pihak pada peringkat awal telah dijalankan dengan pengetahuan serta kebenaran.

“Proses berkenaan telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat hari ini (semalam).

“Bagi tujuan PRN Negeri Sembilan, penyertaan sejumlah calon PN adalah bagi membela kebajikan rakyat, mengangkat agenda pembangunan negeri serta mempertahankan keharmonian masyarakat majmuk di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya,” katanya. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu0516-07-2026
2PN-BN belum capai kerjasama politik menyeluruh, hanya persefahaman0317-07-2026
3Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
4Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA0317-07-2026
5Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
6Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
7Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi0317-07-2026
8464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual0517-07-2026
9Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong0516-07-2026

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 9. Тональность: 0. Информативность: 5. Источник: www.utusan.com.my.