Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu

Дата публикации: 16-07-2026 23:43:03


KANGAR: Formula kerjasama UMNO dan Pas di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan boleh menguasai sekurang-kurangnya 90 peratus undi Melayu. Bekas Timbalan Pe­ngerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hashim Suboh berkata, kerjasama UMNO dan Pas bakal menghasilkan sinergi politik cukup hebat dengan Negeri Sembilan boleh menjadi permulaan kepada formula berkenaan. Katanya, jika ... Read more
The post UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KANGAR: Formula kerjasama UMNO dan Pas di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan boleh menguasai sekurang-kurangnya 90 peratus undi Melayu.

Bekas Timbalan Pe­ngerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hashim Suboh berkata, kerjasama UMNO dan Pas bakal menghasilkan sinergi politik cukup hebat dengan Negeri Sembilan boleh menjadi permulaan kepada formula berkenaan.

Katanya, jika kerjasama berjaya, model tersebut boleh diguna pakai di negeri lain yang pastinya bakal menarik sokongan pengundi Melayu sehingga 90 peratus termasuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Kerjasama parti-parti Melayu khususnya UMNO dan Pas tidak dinafikan sememangnya sangat memberi kekuatan. Dalam konteks Negeri Sembilan, secara logik akal, mereka akan menang besar di kerusi Melayu dan berpeluang cerah di kerusi campuran.

“Selepas ini, formula itu boleh diguna pakai di negeri lain dengan kekuatan Pas di negeri Pantai Timur dan UMNO pula di selatan serta Pahang. Jika Pas boleh berkorban kerusi di negeri-negeri SG4, formula kerjasama berkenaan boleh diteruskan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan tidak bertembung antara satu sama lain di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan.

Hashim berkata, pengundi Cina tetap bersama DAP cuma mereka hanya memberi pengajaran kepada parti itu dalam pilihan raya Johor dan Sabah.

“Situasi di Johor dan Negeri Sembilan agak berbeza memandangkan Johor kuat kuat BN berbanding DAP,” katanya.

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Negeri Sembilan medan penyatuan undi Melayu0516-07-2026
2PN-BN belum capai kerjasama politik menyeluruh, hanya persefahaman0317-07-2026
3Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
4Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
5Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
6Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi0317-07-2026
7Henti pertelagahan, fokus hadapi lawan politik – Pemuda MCA0317-07-2026
8464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual0517-07-2026
9Danish sandar pengalaman misi kemanusiaan di Chembong0516-07-2026
10Партия "Слуга народа" готова сотрудничать с политсилами со схожим видением курса Украины0022-07-2019

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 5. Источник: www.utusan.com.my.