Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja – Fadhli Shaari

Дата публикации: 24-09-2026 03:13:08


PETALING JAYA: Agensi kerajaan didakwa digunakan untuk menindas pihak lawan dipercayai susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua aktiviti Perikatan Nasional (PN), berkuat kuasa semalam. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak yang mempunyai kuasa ketika ini boleh melakukan apa sahaja, namun beliau mengingatkan keadaan itu boleh berubah apabila berlaku pertukaran pemerintahan. ... Read more
The post Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja – Fadhli Shaari appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Agensi kerajaan didakwa digunakan untuk menindas pihak lawan dipercayai susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua aktiviti Perikatan Nasional (PN), berkuat kuasa semalam.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak yang mempunyai kuasa ketika ini boleh melakukan apa sahaja, namun beliau mengingatkan keadaan itu boleh berubah apabila berlaku pertukaran pemerintahan.

“Kamu ada kuasa buatlah apa sahaja, segala agensi kerajaan kamu gunakan untuk menindas lawan.

“Tetapi ingatlah akan tiba masa kamu pula berada di bawah nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, RoS mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September lalu di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

Menurut RoS, tindakan itu diambil susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu bagi mendapatkan penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

RoS menjelaskan, penggantungan tersebut merupakan tindakan sementara dan bukan pembatalan pendaftaran PN.

PN kini perlu memberikan penjelasan berhubung aduan berkenaan sebelum RoS membuat sebarang keputusan atau tindakan lanjut.

Perkembangan itu berlaku ketika PN turut berdepan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dibubarkan.

Penggantungan berkenaan turut menimbulkan persoalan mengenai implikasinya terhadap aktiviti dan urusan PN sepanjang tempoh perintah tersebut. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Ahmad Faizal kecewa kemelut PN bawa kesan besar024.6224-09-2026
2Kepincangan dalam PN punca pendaftaran digantung RoS022.8824-09-2026
3Apa tujuan notis penjelasan jika keputusan gantung PN sudah dilaksana? – Tuan Ibrahim019.5124-09-2026
4Wawasan persoal ‘tangan ghaib’ di sebalik penggantungan PN025.4624-09-2026
5Pertikaian mesti diselesaikan mengikut UUTKNS, Adat Perpatih dan institusi berkuasa021.6224-09-2026
6UMNO Pulau Pinang lebih utamakan kerjasama PH-DAP031.6124-09-2026
7Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
8Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
9UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu0516-07-2026

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 9. Тональность: 0. Информативность: 23.73. Источник: www.utusan.com.my.