Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Jangan jadikan kuasa kerajaan alat sekat demokrasi – Gerakan

Дата публикации: 21-10-2026 08:59:36


PETALING JAYA: Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila ia menimbulkan persepsi bahawa kuasa pentadbiran berpotensi digunakan untuk menyekat perjuangan pembangkang. Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, PN bukan sekadar gabungan politik, sebaliknya merupakan wadah perjuangan yang membawa ... Read more
The post Jangan jadikan kuasa kerajaan alat sekat demokrasi – Gerakan appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila ia menimbulkan persepsi bahawa kuasa pentadbiran berpotensi digunakan untuk menyekat perjuangan pembangkang.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, PN bukan sekadar gabungan politik, sebaliknya merupakan wadah perjuangan yang membawa suara, harapan dan kepercayaan jutaan rakyat Malaysia yang menuntut sebuah kerajaan bertanggungjawab serta sistem semak dan imbang yang berkesan.

Beliau berkata, apabila sebuah gabungan politik yang mewakili suara jutaan rakyat berdepan tindakan pentadbiran sedemikian, persoalan yang perlu dijawab adalah sama ada prinsip demokrasi dan kebebasan berpersatuan benar-benar dihormati atau hanya dilaungkan apabila menguntungkan pihak tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan sampai rakyat membuat kesimpulan bahawa apabila pembangkang semakin kuat, kuasa kerajaan digunakan untuk melemahkan kedudukannya.

“Dalam keadaan rakyat sedang dihimpit peningkatan kos sara hidup, tekanan ekonomi dan kebimbangan terhadap masa depan keluarga, kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penyelesaian masalah rakyat, bukannya membiarkan tindakan pentadbiran yang menjejaskan kedudukan pembangkang mencetuskan keresahan serta ketidakpastian politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dominic, demokrasi bukan sekadar menentukan pihak yang memenangi pilihan raya, sebaliknya turut menguji sejauh mana kerajaan menghormati hak mereka yang mempunyai pendirian berbeza.

Beliau berkata, kekuatan sesebuah kerajaan tidak seharusnya diukur melalui kemampuan menyekat lawan politik tetapi keberanian menghormati perbezaan pendapat dan mempertahankan hak demokrasi rakyat.

“Jika kebebasan politik hanya dihormati apabila seseorang berada di pihak kerajaan, apakah ertinya reformasi dan demokrasi yang selama ini dilaungkan?

“Kami tidak meminta layanan istimewa. PN hanya menuntut keadilan yang sama,” katanya.

Dominic berkata, Gerakan tidak akan berdiam diri apabila prinsip keadilan, kebebasan berpersatuan dan hak demokrasi dipersoalkan.

Katanya, sebagai parti komponen PN, Gerakan akan terus berdiri teguh bersama rakan gabungan bagi mempertahankan hak, maruah serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

“PN akan meneruskan perjuangan secara berprinsip, tegas dan berlandaskan undang-undang, termasuk menggunakan segala saluran perundangan yang bersesuaian serta proses mahkamah untuk mencabar keputusan pembatalan demi mendapatkan keadilan,” katanya.

Beliau menggesa kerajaan supaya mendengar suara rakyat, menghormati kebebasan berpolitik dan tidak mengkompromikan prinsip keadilan demi kepentingan politik.

“PN mungkin berdepan cabaran tetapi perjuangan membela rakyat tidak akan terhenti dengan sebarang keputusan pentadbiran.

“Kami tidak akan menyerah, kami tidak akan berdiam diri dan kami tidak akan berundur daripada mempertahankan prinsip demokrasi serta keadilan. Selagi suara rakyat perlu dibela, selagi itulah perjuangan ini akan diteruskan,” katanya. –UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Sumbangan wang bukan lesen perkecil rakan gabungan PN025.5821-10-2026
2Bersatu boleh tubuh gabungan parti politik baharu018.721-10-2026
3Aduan kepada RoS bukan satu bentuk pengkhianatan – Armada021.8221-10-2026
4Johari tunggu penjelasan Ahmad Samsuri berhubung status PN027.2321-10-2026
5BN mahu rampas DUN Ayer Keroh, Bukit Katil022.4621-10-2026
6PH Melaka bergerak solo tanpa kerjasama termasuk Bersatu021.7421-10-2026
7BN sah bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka –Zahid Hamidi021.3721-10-2026
8Belum ada pihak ajak BN Melaka berunding022.524-09-2026
9Tabung Najib: Ahli Pas tidak selesa tetapi akur keputusan pimpinan – Penganalisis022.9524-09-2026
10Presiden UMNO tidak dapat hadir Himpunan Munajat dan Penyatuan Ummah023.1820-10-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 28.49. Источник: www.utusan.com.my.