KUALA KANGSAR: Punca kematian seorang wanita yang dikatakan berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam di sini petang tadi dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham dengan suspek. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Tambahnya, polis turut menjumpai sebilah pisau disyaki ... Read more
The post Perselisihan faham dipercayai punca wanita OKU dibunuh appeared first on Utusan Malaysia.
KUALA KANGSAR: Punca kematian seorang wanita yang dikatakan berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam di sini petang tadi dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham dengan suspek.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Tambahnya, polis turut menjumpai sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.
Katanya, lebih kurang pukul 2.38 petang tadi, pihak Balai Polis Kati menerima satu laporan berkaitan kejadian seorang perempuan Melayu berumur 49 tahun yang dijumpai mati di dalam sebuah rumah di Kampung Cheh Kati.
“Kejadian telah disedari oleh ahli keluarga si mati pada tarikh yang sama jam lebih kurang 2.15 petang yang terus membuat panggilan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, siasatan pihak polis mendapati ahli keluarga telah menyedari si mati berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di ruang tamu rumah.
Jelas Heisham, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping bagi tujuan bedah siasat.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek.
“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohamad Fadhil Ab. Wahab, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 019-7272033 atau Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar di talian 05-7762222. – UTUSAN
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Bapa, anak direman bantu siasatan kematian wanita OKU | 0 | 25.13 | 24-09-2026 |
| 2 | Bawa tiga pisau kombat setiap hari | 0 | 18.51 | 24-09-2026 |
| 3 | Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita | 0 | 23.58 | 22-09-2026 |
| 4 | Tiga pelajar lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh | 0 | 21.02 | 23-09-2026 |
| 5 | Sudut pandang CCTV cetus spekulasi polis ‘escort’ pencuri kabel | 0 | 24.62 | 23-09-2026 |
| 6 | Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan | 0 | 22.79 | 23-09-2026 |
| 7 | Женщина скончалась от ножевого ранения после конфликта с сожителем | 0 | 8.26 | 25-07-2026 |
| 8 | Woman found dead in car in Kelowna; RCMP investigating | -2 | 6 | 11-07-2026 |
| 9 | В Симферополе женщина подозревается в причинении смерти знакомому | 0 | 6.12 | 06-08-2026 |
| 10 | Prisión para el acusado de apuñalar con un cuchillo de cocina a su compañero de piso en Estepona | 0 | 4.96 | 20-08-2026 |